Wednesday, March 19, 2008

syukurlah..

seringkali aku kesepian ketika di ofis..bukan tak dak teman bersembang, tapi komitmen dan amanah kerja yang tergalas membuatkan aku kusyuk dan fokus. tak elok la jugak ganggu orang. namun ku layan jua keseepian ku..
terlintas hati aku nak tengok blog Muslim Aid Asia dan blog personal abang mat. mana la tau ada update pasai aktiviti yang dijalankan..

kat blog MUSLIM AID ASIA...terkagum dan teruja aku baca coretan catatan lawatan abang mat ke Rumah Anak-anak Yatim Pelarian Rohingya dari Myanmar..sebelum ni ada abang mat ssuruh aku baca artikel pasai pelarian dari Myanmar ni..tapi time tu tak dak perasaan..ntah la..aku baca ja..namun..lepas baca pengalaman abang mat n rakannya(salah seorang student UIA gak)n tengok gambar yang ada kat dalam blog nih, hati aku terusik..terasa sebak..tak sedaq air mataku mengalir.Ya Allah..tak sangka kehidupan mereka begini..serba dhaif dan kekurangan..aku cuba bayangkan sekiranya diri aku berada di tempat mereka..anak2 kecil yang tidak berdosa terpaksa menjadi pelarian di Malaysia demi mencari sekelumit perlindungan.mereka hanya berumahkan rumah kedai.. (sila lawat blog Abang Mat)

Ya Allah..aku bersyukur padaMu kerana mempertemukan diri aku dengan MUSLIM AID ASIA dan aku dapat membuka mata dan hatiku melihat kesengsaraan dan membantu hambaMu yang tidak berdaya selagi aku mampu..aku bersyukur padaMu kerana telah mencampakkan perasaan belas ihsan dalam hatiku, hambaMu yang lemah ini Ya Allah..

bantulah mereka yang memerlukan...

menurut abang mat, anak2 pelarian ini mendapat bantuan daripada orang2 Buddha yang sukarela ingin membantu mereka..Ya Allah..ke mana hilangnya umat Islam di muka bumi ini yang ber hati mulia dan ikhlas yang sanggup infaq fi sabilillah??tak sanggupkah mereka membantu umat seagama seIslam??di mana kamu?di mana?? sedangkan agama lain sanggup membantu umat Islam sendiri..kita bila lagi?? buka lah mata..buka lah minda..

syukur ku pada MU Allah, Tuhan Rabbul Izzati..Kau bukakan mata dan mindaku.. Kau memilih aku di antara insan2 yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab ini..

Syukurku hanya padaMu Ya Allah..
~infaqku fisabilillah~






bagaimana masa depan mereka??

~little_khalifah~

1 comment:

Muhammad said...

sama2 kita rancang nanti yaa