Monday, September 22, 2008

ZIARAH KE HOSPITAL TUNKU AMPUAN RAHIMAH(HTAR), KLANG

ini lah rombongan kami..

Hari Jumaat lepas, am dapat panggilan telefon dari kawan serumah, Sal. Walaupun tue merupakan panggilan hangit, tapi tue consider as rezeki Muslim Aid Asia untuk lebih dikenali.Sal ajak bersama-samanya untuk ziarah ke Hospital Ampuan Rahimah(HTAR), Klang.Ziarah ini adalah anjuran bersama Alumni Kolej Islam Sultan Ahmad Shah aka KISAS, Klang.Antara ahli rombongan yang turut serta ialah Am, Sal, Rin n Nadd.

Kami bertolak dari Wangsa Maju pukul 11.30 pagi menuju ke Subang Jaya.Then,bertolak ke Klang.

letak goodie bags atas troli

sall, nad n rin

Sesampainya di Klang, semua sukarelawan yang terlibat berkumpul di Masjid Lipat Kajang, bertentangan dengan HTAR. Sukarelawan yang terlibat antaranya pelajar2 UIAM dan pelajar2 6 Rendah KISAS. Semua sukarelawan dibahagikan kepada kumpulan2 kecil dan diberikan wad2 untuk kami ziarah.

nadd n adik2nya

Am diamanahkan bersama2 dengan 2 orang KISAS-an, Ummu & Nadirah. Selain itu, am jugak bersama2 dengan Nadd n adik2 serta Rin n adik2 selain beberapa orang pelajar lelaki yang lain.
Goodie bags diberikan kepada setiap pesakit yang kami ziarah. Setiap goodie bags berisi sehelai kain pelikat/batik, air mineral, buah kurma and sebuah buku "Get Well Soon". Buku tersebut memberi informasi bahawa sakit adalah hikmah yang Allah telah berikan kepada sekalian hambaNya. Menurut Kak Firdaus, pesakit2 ini kerap dikunjungi oleh ahli2 Persatuan Buddha. Mereka sering melawat pesakit2 dan secara tak langsung menyampaikan ajaran Buddha.

rin n adik2nya

kami..

Setiap kumpulan yang diberi tugasan melawat dikehendaki untuk meluangkan masa bersama2 pesakit2. Ada yang bersembang2 n ada yang membacakan doa2 dalam buku Get Well Soon kepada pesakit yang kami ziarah. Bagi pihak Muslim Aid Asia, sumbangan duit raya juga diberikan.

wad yang kami ziarah

Pesakit2 yang kami ziarah kebanyakannya menghidap demam denggi, ulcer perut, lemah jantung dan ada yang sedang menjalankan terapi hemodialisis bagi pesakit buah pinggang.


kak santini- penghidap ulcer perut


pesakit buah pinggang



bersama Kak Firdaus sebelum pulang

Am ingin mengucapkan 'syukron jazilan' kepada semua yang terlibat dan menjemput am untuk bersama2. Dan mendoakan agar semua pesakit di HTAR sembuh, InsyaAllah..

~Little_khalifah~

Sunday, September 21, 2008

SEHARIAN CUCI RUMAH

antara barang yang ada

Minggu akhir Ogos, am nekad nak balik Penang untuk sambut Ramadhan ngan mama n adik2..kebetulan semua adik2 balik. lebih kurang cam family gathering la..Oleh sebab semua anak2 balik n ramai tenaga kerja, mama decide balik Aloq Staq untuk basuh umah.Tahun ni kami beraya kat umah baru..yeyy!!

bertungkus lumus

ha..sapu kak..sapu..

Macam2 kami buat..sapu sampah..vacuum carpet..basuh carpet..angkot barang..susun barang..

jangan tengok saja...

my the only sister

Masa nie la nak tunjuk rajin...adik yang bertuah sorang nie (Azam) teramat la rajin...almaklumla nak dapat upah malam tue...bukan men lagi ye...Jom skodeng kat bawah nie..

Rajinnya...!!!anak sapa la nie??

yang nie pon buat2 rajin gak...

muka2 kelaparan..

Lepas penat bergotong royong, kami pakat2 makan kat atas tangga..tq kat abang AE sebab blanja Teh O ais petang tue.

alahai adikku...

bergambar selepas penat bekerja


~Little_Khalifah~

RAMADHAN KAREEM..

Ampun dan maaf kepada sahabat2. Dah lama am tak update blog ni.Alhamdulillah..hari nie masuk hari ke-22 umat Islam menjalani ibabat berpuasa.Syukur padamu Ya Allah kerana dipertemukan diriku dengan Ramadhan kali ini..

Sempena Ramadhan 1429H ini la, diriku berpuasa dengan status seorang wanita bekerjaya.Tak macam tahun2 sebelumnya aku still student. Banyak bezanya kehidupan dulu n sekarang..

Lain sangat rasanya..

Setahun yang lalu..

Seluruh isi Hafsa G2.2 (am, alin, sal n azra) tidur awal. sebabnya kitaorang nak bangun awal pagi..slalunya tidur pukul 10.00pm n bangun balik lebih kurang pukul 2.00am.Lepas tue, masing2 make up n gerak ke cafe..Sahur Time!!!!hari2 sahur nasik ngan lauk yang best2 yang terhidang kat cafe Hafsa.Menu paling best time sahur : nasi putih panas, ikan masin @ telur masin, telur goreng, sedikit kuah, kicap (wajib)..sure terangkat la!!Lepas sahur, kami stay up lagi..sambung stadi.

Puasa time nie best sangat. Schedule susun sendiri. so, if takda kelas pagi, semua pakat2 isi masa lapang dengan aktiviti sambung tidur.

Petang2 dekat nak berbuka la paling best.if ada kelas petang. seusai je abih kelas, set date ngan member2..port rasmi kitaorang bulan pose nie..Bazar Ramadhan kat belakang CAC..walaupun sempit, akan ku redah jua lautan manusia itu..

Malamnya pulak, terisi dengan aktiviti beribadat. seluruh 'isirung' G2.2 solat terawih jemaah kat MPH Hafsa..rindunya kat kenangan tue..

Tahun nie..

Am sahur kat umah..minum air masak suam je..skarang nie, waktu tidur sangat berharga. if tidur tak cukup, nanti kat ofis tak energetic plak..so, far alhamdulillah..

Pagi2 kena bersesak kat dalam LRT..fuhh..ter'sangat' menguji kesabaran.Bulan puasa nie, office hour 8am-5pm..lebih awal dari biasa..

Hari2 biasa berbuka puasa..menapak ke Bazar Ramadhaan Wangsa Maju..tue antara port mambeli juadah berbuka. macam2 ada!!ayam golek, nasi kerabu, nasik lauk,murtabak, ayam percik, tauhu bakar, air tebu, air jagung,etc..etc..jenuh nak sebut!senang cerita, rambang mata dibuatnya..Sekali sekala ke bazar Taman Melati..
Masuk minggu2 seterusnya, berbuka di luar sebab memenuhi undangan dan menghadiri program2 yang dianjurkan oleh Muslim Aid Asia sendiri.Tak larat jugak la nak tepis undangan kan. Alhamdulillah rezeki Allah la katakan..

Walaubagaimanapun, terawih totap den tak lupa..Terawih kat Masjid Wangsa Maju memang best!!macam buat senaman aerobik.Teringat solat terawih jemaah kat Masjid Jalan Kelawei, Penang dulu..masa arwah Ust Badjunid jadi imam.

Kenangan tinggal kenangan. Aku berdoa pada Mu Ya Allah agar dipertemukan diriku dengan Ramadhan Mu tahun depan, InsyaAllah..Amiin..

~Little_Khalifah~