Wednesday, December 31, 2008

A very touching email..


Waalaikumussalam,

Dear adik tiri,

Akan ku kenang kalian dalam doaku. Am, jgn sedih. Walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati cam TV9 tu. Kita tetap kwn…tiada apa yg bleh memisahkan kita melainkan terasa hati dan merajuk je…sape la suka merajuk tu….hish…cam kanak2 je..jentik hidung tu kang..nah tazkirah sikit…."Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" oleh itu, I think kita nyer ukhwah ni da ok da..kita semua da mcm adik beradik da..walaubagaimanapun kita tetap ada batasan. Hopefully kita semua igt mende tu. What is our restriction

Tiada ape abe bleh bg kat am melainkan nasihat…tuk am khususnya dan sahabat2 lain amnya..

Pape pun am, gutlak for your future..semoga apa bidang yg am ceburi, ianya adalah terbaik tuk am dunia dan akhirat…tp igt, once da success, dun forget us ok..lebih2 lg yg Maha Kuasa dan Maha Pemberi rezeki… Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana kami dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu atau melepaskan kentut dan hanya layak dibuat kayu api ye...igt tu

Dear Sahabat semua yg dirahmati Allah,

Esok da new year ye…Sedar x sedar..da setahun mase berlalu..sekejap je...Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan…kenangan ngn korang ni byk sgt…esok2 xtau la bleh join Korang lg ke x…esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita…Tahun baru Islam sudah pun lepas, kini tahun baru masihi plak. Bukan la kita nak celebrate Jesus atau apa. Just to motivate ourselves je. Since today is penutup tahun 2008, marila sama2 kita menghisab segala azam kita yg kita telah set masa awal2 tahun dulu..adakah ianya tercapai? Masih terdampar atau terkapai2..sama2la kita hitung balik…pastu sama2 kita tgk blk manifesto dan azam kita untuk tahun mendatang 2009… Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan….apakah ianya boleh dicapai..adakah ianya balance between dunia akhirat ataupun ianya dunia semata2…igtla wahai sahabatku dan diriku, Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat...

Walau apa pun...all the best!!! .. "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan…dan pastikan apa jua kerja adalah kerana Dia (Rabbul Izzati)..insyaAllah pasti akan menghasil kecemerlangan dan mendapat berkat.

Pecah kaca pecah gelas,

Sudah baca, jgn bls kat sini…bls kat gmail…

Sekain dan sekian terima kasih

Kekandamu Abe.

Tq Abe n frenz for ur support!!

~Little_khalifah~

Allah Knows the Best!

"The clock is running. Make the most of today. Time waits for no man. Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it is called the present."

Kadang2 Allah menguji kita dalam kehidupan seharian..Dia berikan kita suka & duka..
Kadang2 Allah menguji kita dalam karier..Dia nak kita berusaha..
Kadang2 Allah menguji kita dalam persahabatan..Dia nak kita hargai anugerah yang Dia kurniakan..
Kadang2 Allah menguji kita dalam perhubungan..

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..

~Little_khalifah~

Monday, December 29, 2008

Puput Returns!!

No comment..no comment..no comment!!

Just be strong, stronger n hopefully the strongest..InsyaAllah..

~Pupurion of the Puputopia~

Friday, December 26, 2008

Maal Hijrah 1430H

Salam Maal Hijrah!!

Little_khalifah nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1430H kepada semua umat Islam.

Semoga amalan kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya..Semoga hidup ini lebih diberkati..amiin..

~Little_khalifah~

Thursday, December 25, 2008

Little_khalifah mencari Santa Clause..

Elow kawan2..

Kali nie little_khalifah nak crita aktiviti malam Christmas Eve lepas. Sebelum tue, Little_khalifah nak wish Merry Christmas kat sesapa yang selebret.

Kat umah tue tak sempat nak hias pokok krismas. Ye la, dah semai bijik benih, tapi tak tumbuh2 pun..huhu~~sempat gantung stoking jer kat tepi tingkap tue..Itu pun stoking main bowling minggu lepas..janji ada!mana tau kot2 Santa Clause murah hati nak bagi hadiah..mau2 calon suami sorang..

Malam tue, little_khalifah n kawan2 decide nak tengok wayang..layan midnite muvi..so, kitaorang pun tengok la crita Bedtime Story kat Ampang Galaxy. Plot crita ok, tapi agak slow. Yang bestnya, little_khalifah merasa naik BKE 5755 hak milik tuannya, Abang Nakoe(sejak bila jadi abang pun tak tau..)


Posing sebelah escalator

Pyah di sebelah escalator jugak..

Tapi Nad..di tengah2 escalator..

Lepas dah abih tengok muvi, little_khalifah terdengar satu suara memberi cadangan..Sebabnya, malam tue, semua orang nak gi jalan2. Nak gi Putrajaya la..sana la..sini la..Final decision, little_khalifah menjengah pantai kat PD.Sungguh tak percaya..Abang Koe pun tak percaya..Beliau tak percaya dengan sekelip mata dah sampai PD..ahh...tak percaya..!!Trima kasih sebab bawak little_khalifah gi PD..

Sebelum tue kami singgah dulu kat McD beli apa2 yang patut untuk isi perut yang lapar..

BKE membelah kegelapan malam..

ngantuk...

Sesampai jer kat PD, suma orang teruja!!1st time kat pantai pagi2 buta..mana tak nya, time tue pukoi 4.00 pagi ++..Kesejukan pagi terasa.Bukan sampai tulang sum-sum dah..nie dah kira sampai Medula Oblongata..nasib baik serebrum n serebelum tak rasa..Air laut rasa suam2, kesan daripada bayu darat (subject Geografi). Nasib baik tak dak yang terjun berendam ala2 Blue Hyppo..

Mmmm...

Celup2 air laut..

circle of friendship..again..

Dasar pandang ke laut..

Celup-celup..

ngantuk ka Abang Koe??

h0h0

Lepas solat Subuh, kami pulang ke kampung halaman masing2...n sambung tdoq kat rumah...

~Little_khalifah~

Wednesday, December 24, 2008

Penderma Misteri..

Petang nie kecoh kat opis Muslim Aid. Little_khalifah pun terkejut. Ada seorang Hamba Allah yang bank-in sejumlah duit dalam akaun Abang Mat..hmmm...terima kasih!!!

Semoga Allah membuka pintu rezeki insan-insan ini..Amiin..

~Little_khalifah~

Tuesday, December 23, 2008

Little_khalifah & Hampernya..

Tak sangka tangan Little_khalifah nie ada kuasa ajaib..berbakat seni pulak tue..

Macam nie critanya, Asrama Darul Falah (ASDAF) nak buat sukaneka minggu nie n hadiahnya hamper. So, hasil usaha Abang Mat, maka semua hamper berjaya di'sponsor'..yeay!!!alhamdulillah...ada 14 hamper kecik, 1 hamper besar. Berpeluh-peluh tangan little_khalifah balut hamper..Abang mat pun tolong..Terima kasih Abot!!!Terima kasih Abang Amir!!
Isi perut hamper

Abang Amir & goodies

Ikon Muslim Aid Asia & hamper

Setelah little_khalifah bertungkus-lumus, akhirnya...

hamper kecik

longgokan hamper kecik

hamper giant..grande!!


Pose little_khalifah bersama hampernya...

hmmm...

pose ngan Abang Mat


p/s: Pasni Abang Mat balut hamper sorang2 yerr...Little_khalifah pun nak wish good luck kat adik2 ASDAF..!!Ganbate Kudasai!!!!! Rebut hamper yang besar tue^o^


~Little_khalifah~

Sunday, December 21, 2008

Little_Khalifah Mengembara Melihat Alam...

Hmm...Last weekend Little_khalifah balik Penang. Ikut Sal n Pian(adik Sal)..ekceli nak pi kenduri kawen Munn n Ameer, sahabat masa kat study kat UIA dulu..dah kawen kawan little_khalifah nie..dulu malu2 konon..tak mo ngaku..tapi dah jodoh.

Cadangan pertama nak bertolak balik tengah malam Jumaat tue, lepas rest kejap..alih2, Sal decide bertolak pukoi 4 am. Ye la..balik malam2 nie, sejuk..masuk keta, tdo..sedar2 dah sampai..cian driver drive sorang2 membelah kegelapan malam..tol pon dapat diskaun 10 persen..Macam crita 3 Abdul plak..25 persen!!

Maka, sebelum memulakan perjalanan pada yang dijangkakan 4 pagi itu, little_khalifah pun tdoq la dulu.Kunci alarm pkoi 3..sempat la tue, bersiap dalam sejam sebelum bertolak.Nak balik pun kejap ja.Isnin dah keja..tak leh ponteng sebab ada important meeting pagi tue.Sebelum tue, kena pi amik Pian kat Shah Alam dulu..driver..mana bleh tinggal..

Alih2..plan pkol 4 pagi tue bertukar menjadi mimpi ngeri..masing2 tak bangun seperti yang dijangkakan..Sebabnya, penangan steamboat n bbq smalam tue..Sedar2 pukoi 6 pagi..huhu..kalau nak nek bas, konfem dah kena tinggai..Tue pun Pian yang call sebab penat tunggu kakak2nya tak sampai2..ye la..dah janji pukol 4..

  • Wangsa Maju ---> Shah Alam
Bertolak dari umah pkoi 9.40 pagi..Matahari dah menjengok kan mukanya..Mornink Mr. Sunny!!hmm..ada live band dok berjamming dalam perut...laparrr!!!We all decide nak breakfast kat Shah Alam la after amik Pian kat umah dia.

  • Shah Alam ---> Taiping
Perjalanan dimulakan selepas baca doa naik kereta..doa perjalanan litle_khalifah selamat sampai ke destinasi yang dituju, InsyaAllah..little_khalifah gumbira sekali..perut dah kenyang..isi perut kereta yang lain pun gumbira jugak..yeay!!kami tak berhenti kat mana2 R&R pun..terus sampai Taiping..kat Taiping tue umah mak cik Sal, merangkap pengetua skolah little_khalifah masa kat Mashoor dulu..Ustz. Ainah namanya..dah lama tak jumpa ustazah lepas dia pencen n little_khalifah abih Form 5.tak sangka jugak jumpa balik.

Sepanjang perjalanan tadi,masing2 lapar..Pastu, all da way ada saja kenduri..almaklum la cuti sekolah..so, little_khalifah ngan yang lain pun berangan la nak makan nasik minyak..nak tunggu esok lambat lagi..Nampaknya pucuk dicita, ulam mendatang. Kebetulan ada kenduri kat sebelah umah Ustz. Ainah nie..apa lagi..kami serbu la..Lepas makan, little_khalifah menyicah buah pulak..seronok kat umah ustazah nie..banyak pokok buah..ada buah mempelam epal, kedondong, rambutan,etc,etc..buah epal jer tak dak..

gambar pelamin jer sempat di'shoot'



  • Taiping ---> Butterworth
Lepas dah penat makan..little_khalifah n isi perut kereta yang lain meneruskan journey to the North kami..pi Butterworth pulak..Plan nak tdoq kat Bukit Merah Lake Town terpaksa ditukar..sebab dah terlepas pi Butterworth.destinasi seterusnya, Umah Abang Mee,abang Sal. Nasib baik la little_khalifah nie mesra alam orangnya..tak payah control2 ayu..hihihi..agak Maghrib jugak la..Lepas solat, Abang Mee bawak little_khalifah n isi rumah pi makan Char Kuey Teow Telur Ayam Basuh kat Sg.Dua. Sedap!!Tq Abang Mee sebab blanja little_khalifah dinner malam tue.Malam tue, jumpa plak adik Rosazizi aka GG..kawan Pian..akak windu kat adik la.un'sangka'rable jumpa malam tue.

Yeehaa...perjalanan diteruskan ke Bandar Perda, Bukit Mertajam. Jumpa Abang Kamal pulak. Kat opisnya..alih2, kami lepak sambil berbroadband kat Nash Donut & Bakeri Cafe..Ekceli little_khalifah penah baca kat blog Abutang pasa Cafe nie..haha..Finally, ter'lepak gak kat cafe nie.Little_khalifah nie allergic ngan donut mahai macam Dunkin, J-ko n Big Apple tue..tapi Nash's Donut nie tak plak..sib bek..sedap woo...little_khalifah lepak kat situ sampai tutup kedai..Ambiance kat situ teramat la best, dengan deconya yang sangat menawan kalbu n sejuk mata memandang..


kaunter pun cantik..

lampu..pun cantik

before: 'We make hole on the donuts..not your pocket'


After: but in my pocket as well..licinn!!!

Free broadband..abang nie tengah tenet

Aktiviti tenet sambil create shortcut di desktop..

kami juga tenet..


wajah ceria..
akhirnya kecundang..

Pian yang kelaparan..

Pose tahan ngantuk..janji senyummm

Cerita ini tak berakhir di sini. Cafe tutup, little_khalifah lepak kat kedai mamak pulak. Nashmir Nasi Kandar. Supper pulak..adeh!!!!rosak diet..baru smalam jogging 5 round kat UIA.Abang Kamal pulak belanja. Little_khalifah makan Cheese naan..Tq2 kepada yang sudi belanja. Dengan Abang Kamal punya la bercerita..tak pasai2 teringat kelas Futures, Options & Risk Management bro. Azhar. Little_khalifah berbicara psai options trade...wow!!Sampai pukoi 2.30am kami balik..Pastu pi ushar port racer motor kat area butterworth plak..adeh!!ngantok maa...

  • Butterworth ----> Taman Ilmu, Nibong Tebal
Sebelum tengah hari, little_khalifah bertolak ke kenduri pertama di Taman Ilmu, Nibong Tebal,Penang. Nie baru sampai tujuan utama jalan2 balik Penang..Kenduri Munn & Ameer..Selamat Pengantin Baru!!Gambar tak leh upload lagi sebab ada kat Sall.

  • Nibong Tebal, PP ---> Selama, Kedah
Next kenduri...Roszeli n pasangan..Roszeli nie ofismate Sall kat EY. First time pi kenduri tak makan.Sebabnya dah tak larat nak makan..kenyang!!

  • Selama, Kedah ----> Parit Buntar, Perak
Sementara tunggu bas balik KL pukul 6.30, little khalifah berjalan2 lihat alam kat kampung Sall.Ziarah nenek, sedara mara kat sana. Pengalaman yang paling best, meniti titi 1 kayu ja..huhh..ketar lutut..mula2 maintain balance je..then, mula la..Seingat2 little_khalifah, kampung tok kat Pendang pun tak dak titi macam nie..Best!!Then, little_khalifah tengok anak2 kecik tangkap belut. Belut yang ditangkap, anak2 nie jual kat orang kampung @ pembeli Cina. Mahal jugak, mencecah RM15/ kg. Kecik2 dah pandai berniaga..

Ziarah tok Sall, mak ngan n mak teh skali..terima kasih atas layanan anda semua..terharu..!!maaf tok..cucu tak faham bahasa banjar!ampun ya..

6.30pm..bas bertolak ke Kuala Lumpur...gudbye everybody..
My journey begins!!

~Little_khalifah~

Awesome Friday..!!

Last Friday...
My 2nd brother, Azam stayed at my house before registering 4 a new semester in IIUM..I just let him stayed for few days.Pity him!!Lots of things to be loaded back into his room.Huhh..(Cuti panjang sangat..!!)

Sal(my roomate) and I gone crazy dat day.We went jogging at nite.Location-->IIUM's Male Sports Complex!!It was really fun!!Actually, we went to wash our clothes as well at Mahallat Ameenah since we are leaving to penang the next day. Frankly, this is the first and last last time ever..hope so huh!!washing all my clothes at IIUM..lazy gurl!!It's like no time for it..huhu..

Tired..lazy enuff!!As I reached home, my brother smiled at me.."Kak Am..orang dapat 5K!!JPA dah bagi.."Hmm...good news 4 me..of coz he'll b in trouble..Silap orang la bagitau kat Am n Sal..We decided to 'paw' him dat nite. Haha..laughter is the best medicine!!

Sabak..here I come..we had a very late steamboat n BBQ dinner dat nite on azam's treat!!tq sayang!i luv u soooo much!!muaahh..

before...Everything in da pot!!


After..ur fingers lickin' good!!


P/s: Pix were grabbed from Padil.Tq!!
Need to have some rest..Will off to Penang @ 4am..yeay!!


~Little_Khalifah~

Thursday, December 18, 2008

Adhoc Bowling Moment..!!!

Olaa...
Hmm..i dunno wat really happened to us last nite..every1 gone crazy..semuanya kemaruk nak main boling..great idea on a weekday nite, as if we are not working tomorrow.wow!!

I was tagged by Musz yesterday via gTalk.."Am, abe ajak main boling malam nie"..quite a few seconds i kept wondering..boling??best jugak..haha.."ajak la sesapa lagi..""If tak dak orang, Musz n abe still akan main"..hamoihh..hamoihh...nie dah kemaruk betoi!!

As usual, I played my role as the invitation committee..(cam ader cop mohor dah kat muka nie)Role yang slalu Am n Nadia pegang..quite bosan..but seronok!!Keep calling people here n there..

Finally..dari 2 orang...

jeng..jeng...our final #s for the team last nite was 11 pax(including orang yang tak sudi bersosial, tapi dipaksa bersosial...Credit to Abang Hakim..)

This is 4 ur tatapan, Nadd..tue la sapa suruh pi Terengganu...

Members of da nite: Abe, Musz, Nacoe, Am, Sall, Padil, Fadhir, Burn, Abang Hakim, Pyah n Harasz..

We r the 'henky panky' people..

We really had a nice n great moment last nite..eventho the game started a bit late..

Thank You people!! I luv u guyzz..

p/s: To Abe: sabar dengan dugaan...We are alwayz b wif u..
To Nadd : next time kita men sesama ya..Jangan marah!!
To Padil: I'm waiting 4 those pix!!nie sapa yang update blog dulu...??

~Little_khalifah~

Wednesday, December 17, 2008

Splendid ooo splendid!!

Our 'Splendid' moment last nite...

Check it out!!

happy moment..


having a great time together

Tq Padil for da photos..

~Little_khalifah~

Monday, December 15, 2008

K.A.H.W.I.N

Nampaknya tahun 2008 tak lama lagi bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi..Menghitung hari..Tak sabar nak melangkah ke tahun baru.Takut pun ada gak..Hanya Allah yang tahu apa yang bakal terjadi seterusnya..Kita yang merancang perjalanan hidup ini, TETAPI Allah yang tentukan..

Zaman tadika..
Muda lagi..Masih belum kenal erti hidup..yang tau main..kawan2..main..main..dan main...

Sekolah rendah..
Pun muda lagi..baru nak kenal zaman persekolahan..nak pegi sekolah pun mama kejutkan lagi.mama mandikan..mama ikatkan tocang..semuanya, segalanya nak manja ngan mama..Baru kenal kawan-kawan..kalau bercinta, orang panggil 'cinta monyet' @ puppy love..

Sekolah menengah..
Zaman peralihan..tapi kadang2 nak manja dengan mama lagi..Hidup semakin fokus..makin kenal erti hidup..hidup lebih bermakna.ada wawasan..ada hala tujuan untuk masa depan..kejar cita2..misi utama, nak masuk UNIVERSITI!!kawan-kawan masih lagi bersama..kawan baru pun ramai..baru kenal erti cinta..dan sedang mencari cinta..

Zaman matrik..
Alhamdulillah..misi tercapai..sebelah kaki dah melangkah ke pintu menara gading..tinggal sebelah lagi.kena kerja keras..starting a new style of life..hidup kena lebih bervisi.belajar cara bersosial.tapi jangan keterlaluan,jangan over!!ingat batasan agama..kawan2 makin ramai..dunia semakin mencabar..

1st year universiti..
Berjaya melangkah ke dunia baru. Dunia universiti..penuh mehnah & tribulasi..baru nak adapt dengan environment baru..hari2..pergi kelas, balik bilik..stadi..kalau ada apa2 yang tak tau, tanya senior..

2nd year..
Ahh..life is getting busy!!dengan stadi..n bersosial..manusia perlu bersosial..baru hidup nie balance..kawan??semakin ramai..da special 1??nooo...it's too early..

3rd year..
Busy..stadi..society..social life..senior kata..time nie la nak collect sijil.senang nak mintak keja nanti..kawan??makin hari, makin ramai.ada jugak yang kehilangan..sebabnya, dah dapat yang special, kadang2 kawan setilam sebantal pun dilupakan..status skarang.."Single sampai Grad!!"..focus!!

Final year..
Life is getting more crucial..tak boleh bawak main..silap hari bulan...bersedia untuk melangkah ke dunia lain..alam pekerjaan...kawan2..ada dan tiada..bersilih ganti..kawan baru..kawan lama..kawan yang lama terpisah..misi hidup?stil single sampai grad..

Newbie in a Career world..
M.E.N.C.A.B.A.R!!!masa untuk menabung untuk masa depan..Life is full of Uncertainties!!Doa..doa..dan doa..kawan2??bertambah & berkurang..masa untuk bersosial..timr bujang la nak enjoy..mula nak fikir KAHWIN..mmm...selangkah ke alam misteri..nak berjaya dalam karier dulu la..baru fikir bab KAHWIN..set KPI la..bila umur optimum nak tamatkan zaman bujang nie??hmm...mungkin 25..??tak mungkin!!26??hmm...insyaAllah..27??ok la...

K.A.H.W.I.N??berat amanah nya tue..terpikul kah tanggungjawab itu??kebahagiaan bakal bertandang..silap langkah kemusnahan yang terundang..

Aku??masih menunggu hujan reda..mengharapkan sang pelangi menyapa..

~Little_khalifah~

Thursday, December 11, 2008

I Wanna Perfect Life..

I'm sad..

Tanya sama pokok, apa sebab goyang?
Nanti jawab pokok, angin yang goncang..

Tanya sama langit, apa sebab hujan?
Nanti jawab langit, tanya lah awan..

Awan nanti kata, aku kandung air
Sampai tempat sejuk, aku pun cair..

Lihat dalam air, nampak bayang2
Campak satu batu, bayang pun hilang..


Allah is GREAT,
But sumtimes life ain't good
When I pray
it doesn't alwayz turn out like I think it should..
(edited lyrics from 'Anyway', Martina Mcbride..)

Things happen for reasons...
Setiap kejadian ada hikmahnya...

~Little_khalifah~

Life is Not an Option!!

Life is not an option!!BUT i do have options..

These are my options of the month..feeling free to pamper myself.. relax my mind..stable my emotion..


The Day Earth Stood Still

Twilight


Brothers & Sisters - my fav drama series ever!!


I'm da 1 who will make da choice!!

~Little_khalifah~

Wednesday, December 10, 2008

Wat A Life!!

Sebulan dah berlalu..kesibukan bulan Qurban dah sampai ke penghujungnya.Rindu plak rasanya bila tak sempat nak lunch, gilir2 makan dengan sebab kena ada yang standby receive call dari customer..Lagi? greet customer yang singgah n ziarah ofis nak register Qurban..Bangun awal pagi every Saturday(perkara yang jarang sekali dilakukan)sebab buka booth kat Pasar Tani Taman Melawati..Yang paling best skali, on air kat TV n Radio..perkara yang very the impossible ..slalunya mimpi ja la..hmmm..wat a beautiful moment!!

Tak lama lagi dah nak masuk waktu 'Asr..maka berakhirlah Hari Tasyrik (13 Zulhijjah)..Rasa tak puas bertakbir padaMu Ya Allah..Bermula Maghrib 9 Zulhijjah sehinggalah ke saat ini..Takbir dan tahmidku PadaMu ya Allah..memuji kebesaranMu Ya Allah..

Aku panjatkan doa padaMu, Engkau panjangkanlah umurku agar dapat ku bertemu dengan ZulhijjahMu pada tahun hadapan, InsyaAllah..Amiin..

~Little_khalifah~

Hepi Burfday Sall..

HAPPY 24TH BIRTHDAY TO U SALL!!!
Tempat Kejadian : HR Steak House, Kg Baru
Tarikh Kejadian : 4th December 2008 (Thursday)

Kejadian ini telah berlaku pada Khamis lepas..sempena hari lahir cik Sall , rumetku dari 1st year UIA sampai la masing2 dah bergelar wanita bekerjaya yang sangat workaholic.

Asalnya yang plan nak makan sesama malam tue just 4 orang di kalangan kaum baiti jannati, isi umah ecah n Nadia yang kebetulan ada ta'aruf day di UIA.

Alih-alih...

lebih kurang 17 orang semuanya..

Hahaha...very the hebat!!!!walaupun ada miscommunication here n there, ada yang sesat tak jumpa jalan pulang, ada yang kononnya ada appointment...Alas, we've made up da day!!!!rugi sapa yang juai mahai tak mo join!


nadd n pyah..

musz, nacoe, padil n other guyzz

da gurlzz

Really enjoy dat moment after not being together for a long time!!wink..^_^

nyam..nyam!!

~Little_khalifah~

Thursday, December 4, 2008

Recording @ Radio 'Voice of Islam' di RTM

Semasa rakaman..

Alhamdulillah..hari demi hari pelbagai liputan baik dari TV mahupun media cetak seperti majalah dan suratkhabar kami terjah. Tak dilupakan liputan di radio. Pagi ini, Am telah dijemput untuk menjalani rakaman di Wisma Radio, RTM mengenai program Qurban For Life. Rakaman ini adalah untuk radio 'Voice of Islam', sebuah rancangan radio yang bergelombang pendek (AM), dan liputannya merangkumi seluruh dunia terutama di Malaysia, Australia, New Zealand, Indonesia, dan Filipina. InsyaAllah rakaman ini akan di keudara pada Hari Raya Aidil Adha(8 Disember 2008) pada jam 12 tengah hari(waktu Malaysia).

temubual eksklusif
Terima kasih kepada sahabat, Hamidah Nor dan ibunya serta krew rakaman Voice of Islam, Kak Suhaila dan Kak Lya..

p/s: malu bila dengar suara sendiri...

~Little_khalifah~

Qurban For Life @ WW Astro Awani

Alhamdulillah..nampaknya rezeki Muslim Aid semakin murah..hari nie Am n Abang Matt(tak dilupakan PA kami, Abang Amir) on Air kat Astro Awani dalam Rancangan WW bersama hos, Adlina dan Zul.

Glamer akak dik Non..huhu..blink..blink gitu..

Sebelum masuk studio..

make up dulu..

on our way to studio...gebunya mukaku..

On air..LIVE from Astro Awani..

starting...

ni la Zul n Lina..i admire u la..

petah berbicara













berpeluh dalam kesejukan..



Selepas on air..
Team MAA vs Team Astro Awani

terima kasih to all Astro Awani's crews yang banyak membantu..especially to Dang Suria, Lina, Zul, Fiza n Fariz..u guyzz memang best!!!

~Little_khalifah~