Thursday, July 31, 2008

OUR JOURNEY HOME

Sedih bila nak meninggalkan Kg Ngentil. Sayang kat suma penduduk kampung nie..Lagipun, volunteers yang join sumanya sporting. Sebeelum balik ke KL, kami singgah seorang pak cik n makan durian. BEST!!

antara volunteers yang join

singgah kat KG Pantos (kampung no 1)

abang zaime n baju kalis airnya



sebelum balik


gambar reramai

eeee...sukanya!!


daging Qurban MAA


team Muslim Aid bersama 'orang asli' celup

InsyaAllah, panjang umoq n murah rezeki, am nak join lagi xpdc nie..jom kengkawan kita pi reramai memeriahkan suasana n belajar mensyukuri nikmat Allah..

~Little Khalifah~

Sunday, July 27, 2008

THEIR LIFE..

Kehidupan orang asli memang sangat simple. Alhamdulillah..Kg Ngentil yang am pergi tue, penduduknya telah memeluk agama Islam. Kemudahan lain seperti tandas, surau dan balai awam pun ada..

surau


kehidupan mereka..

aktiviti menyumpit

anak-anak

wanita

mandi sungai

jeti


gotong-royong masak

tenaga solar

titi gantung





bot..pengangkutan utama


~Little_khalifah~

MY JOURNEY TO KG ORANG ASLI

Yummy..

Kenangan ke Kampung Ngentil yang mana merupakan sebuah perkampungan orang asli di Raub memang best!!kenangan yang tak kan dilupakan sampai akhir hayat. Memang BEST!!

Tarikh: 26 - 27 Julai 2008
Destinasi : Kampung Ngentil, Raub, Pahang

Peserta xpdc kali ini lebih kurang 30 orang dari pelbagai NGO. Semuanya sporting n 'mesra alam'.
Bergambar sebelum bertolak

Perjalanan kami memang lama. 3 jam dari KL ke Raub.Kami sampai di Masjid Al-Muhajirin lebih kurang pukul 1++ pagi..sejuknya!!!Kami tidur kat masjid tu sebelum memulakan perjalanan pada keesokkan harinya.

wahaha..

Keesokkan paginya (lebih tepat lagi selepas subuh dinasour -11.00 pagi) semua ahli rombongan bertolak pulak ke Kuala Medang, Pahang. Sebelum bertolak, kami pakat2 angkat barang ke dalam bot untuk dibawa ke kampung tersebut.

adehh..ponatnya!!

sengeh..

Kami naik bot selama lebih kurang 1 jam setengah sebelum sampai ke Kg Ngentil. Xpdc lawan arus sungai memang adventure. ada yang basah lencun..ada yang kering..memang BEST!! permandangan di sepanjang perjalanan cantik tak terkata..macam buat recording NAtional Geographic..tak caya??try laa..

Pak Cik Karim (depan) & Pak Cik Md Noor (belakang)

alahai??sempat lagi..


shaokie- volunteer Yayasan Salam

anak-anak sabar menanti

si gagah perkasa


Pepatah Melayu ada mengatakan, "Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing"..Konsep ni la yang kami amalkan masa sana..MEMANG BEST!!!

~Little_Khalifah~

Wednesday, July 16, 2008

GLITTERS OF TOMORROW

Alhamdulillah..Program 'Glitters of Tomorrow' telah berjaya direalisasikan..Syukur pada Mu Ya Allah dengan izin dan kurniaanMu memberikan diriku kesihatan dan kekuatan..

Kenangan program 'Glitters of Tomorrow' di sini..

~Little Khalifah~

Sunday, July 6, 2008

Ziarah ke Rumah Anak2 Yatim Rohingya, Selayang

Tarikh : 6 Julai 2008 (Ahad)
Lokasi : Rumah Anak2 Yatim Rohingya, Selayang



Ahad lepas, Am bersama2 dengan team Muslim Aid Asia dan beberapa orang volunteers (Cik Jennora, team dari Kolej Lagenda, Mantin, N.9 n team Riders Malaya Community) telah pergi melawat Rumah Anak2 Yatim pelarian Rohingya. Pelarian Rohingya ini berasal dari Myanmar.
Dikatakan seramai 80 orang anak2 yatim menetap di sini.

Sesampainya Am kat situ, rasa sayu menerjah ke lubuk hati. Sepanjang 6 tahun menetap di bumi KL, ni la 1st time am jejak kaki kat Selayang. Suasana kat situ mengingatkan am masa ziarah ke Pekan Khan Khalili, Mesir dulu. Suasana pasar yang berdebu dan kedai2 menjual makanan kat situ langsung tak menggambarkan bahawa kita berada di Selayang.


kenangan bersama..

Kami dijemput masuk ke rumah itu. Tingkat 1 merupakan tempat solat, tempat belajar dan mengaji anak2 ini. Kami naik ke tingkat 2. Ada tempat tidur, dapur, tempat meletak pakaian anak2 ini.tak dapat digambarkan kehidupan mereka.

Ustaz Hashim (pengetua) bercerita..

Sesampainya kami, hanya ada 5 orang kanak2 yang sedang tidur. Menurut Ustaz Hashim, pengetua di situ, anak2 yang lain mengikuti aktiviti di luar.

Mereka yang berstatus pelarian ini amat sukar mendapat bantuan,pekerjaan dan pendidikan di Malaysia. Mereka hanya belajar dan menetap di asrama ini. Semuanya bergantung kepada kemurnian hati insan2 yang bermurah hati yang ingin membantu dan memberikan sumbangan.

mereka tidur..



wajah mereka...

Kami kembali ke tingkat 1 asrama itu. Am tertarik dengan bilik komputer di hujung tingkat tersebut. Terdapat 3 buah komputer hasil sumbangan daripada insan2 yang murah hati. Alhamdulillah, mereka juga tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi pada hari ini.

Nampaknya ada sesuatu yang lebih menarik perhatian Am di bilik itu. Jauh di sudut bilik kecil itu, ada sebatang 'wishing tree'. Sedih dan sayu apabila membaca tulisan luahan hati dan doa anak2 ini. Ya Allah..Engkau kabulkan lah doa anak2 ini..amiin..


the wishing tree

doa mereka..amiin


luahan hati mereka..

Sebelum pulang, kami dihidangkan dengan kopi susu. Walaupun serba kekurangan, tetamu masih tetap dihormati. Terima Kasih daun keladi...Kami juga menulis testimonial dan kata2 semangat dan perangsang kepada anak2 yatim Rohingya ini..Semoga Allah memurahkan rezeki anak2 ini..amiin..


hidangan kopi susu 'kaw'



testimonial..

Dari pihak Muslim Aid Asia, kami memberi sumbangan berbentuk wang tunai, daging Qurban dalam tin dan pakaian.

~Little_Khalifah~