Monday, September 22, 2008

ZIARAH KE HOSPITAL TUNKU AMPUAN RAHIMAH(HTAR), KLANG

ini lah rombongan kami..

Hari Jumaat lepas, am dapat panggilan telefon dari kawan serumah, Sal. Walaupun tue merupakan panggilan hangit, tapi tue consider as rezeki Muslim Aid Asia untuk lebih dikenali.Sal ajak bersama-samanya untuk ziarah ke Hospital Ampuan Rahimah(HTAR), Klang.Ziarah ini adalah anjuran bersama Alumni Kolej Islam Sultan Ahmad Shah aka KISAS, Klang.Antara ahli rombongan yang turut serta ialah Am, Sal, Rin n Nadd.

Kami bertolak dari Wangsa Maju pukul 11.30 pagi menuju ke Subang Jaya.Then,bertolak ke Klang.

letak goodie bags atas troli

sall, nad n rin

Sesampainya di Klang, semua sukarelawan yang terlibat berkumpul di Masjid Lipat Kajang, bertentangan dengan HTAR. Sukarelawan yang terlibat antaranya pelajar2 UIAM dan pelajar2 6 Rendah KISAS. Semua sukarelawan dibahagikan kepada kumpulan2 kecil dan diberikan wad2 untuk kami ziarah.

nadd n adik2nya

Am diamanahkan bersama2 dengan 2 orang KISAS-an, Ummu & Nadirah. Selain itu, am jugak bersama2 dengan Nadd n adik2 serta Rin n adik2 selain beberapa orang pelajar lelaki yang lain.
Goodie bags diberikan kepada setiap pesakit yang kami ziarah. Setiap goodie bags berisi sehelai kain pelikat/batik, air mineral, buah kurma and sebuah buku "Get Well Soon". Buku tersebut memberi informasi bahawa sakit adalah hikmah yang Allah telah berikan kepada sekalian hambaNya. Menurut Kak Firdaus, pesakit2 ini kerap dikunjungi oleh ahli2 Persatuan Buddha. Mereka sering melawat pesakit2 dan secara tak langsung menyampaikan ajaran Buddha.

rin n adik2nya

kami..

Setiap kumpulan yang diberi tugasan melawat dikehendaki untuk meluangkan masa bersama2 pesakit2. Ada yang bersembang2 n ada yang membacakan doa2 dalam buku Get Well Soon kepada pesakit yang kami ziarah. Bagi pihak Muslim Aid Asia, sumbangan duit raya juga diberikan.

wad yang kami ziarah

Pesakit2 yang kami ziarah kebanyakannya menghidap demam denggi, ulcer perut, lemah jantung dan ada yang sedang menjalankan terapi hemodialisis bagi pesakit buah pinggang.


kak santini- penghidap ulcer perut


pesakit buah pinggang



bersama Kak Firdaus sebelum pulang

Am ingin mengucapkan 'syukron jazilan' kepada semua yang terlibat dan menjemput am untuk bersama2. Dan mendoakan agar semua pesakit di HTAR sembuh, InsyaAllah..

~Little_khalifah~

No comments: