Thursday, November 13, 2008

AWAS Kaum Wanita!!

Na'uzubillah...hanya kalimah tue yang Am boleh sebut sekarang nie. Sekiranya diberikan pilihan, Am takkan naik tren, especially LRT Putra. Orang selalu kata," Naik pengangkutan awam nie kan jimat. Cepat pon cepat sampai ke destinasinya. Mau pulak tren. Lagi senang!" Dulu, mungkin Ya!!!"Ala..nak berhimpit tue kejap ja. Lepas KLCC orang sure kurang."

Tapi lepas apa yang terjadi semalam ke atas diri Am, serik rasanya!! Bukan sekali, tapi dah 3 kali..Am fobia!!Macam trauma nak bersesak dengan orang ramai kat dalam tren. Geram!Marah!!perasaan bercampur baur!!Ya Allah!!aku memohon perlindunganMu Ya Rabb!!

Bukan lah kufur nikmat dengan kemudahan yang ada. Tetapi Am nak pilihan yang lain..Gangguan seksual (sexual harassment)!!arrrgghh!!malu..segan..takut..geli..perkara nie yang menghantui diri Am. Melampau!!!Kaum lelaki yang suka2 hati nak mengambil kesempatan ke atas wanita tatkala dalam kesesakan..damn!!!!u guys are too much!!Maaf kepada golongan lelaki yang tidak berdosa. Ni la akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Hormatilah kaum perempuan dan fahamilah situasi yang kita hadapi. Bersesak2 dalam tren atau di mana2 sahaja bukanlah alasan atau tiket untuk anda mengambil kesempatan, sebaliknya bertolak ansur. Mama selalu pesan..Jaga diri!!Orang sekarang nampak jer baik, tapi tak semesti baik!!InsyaAllah Ma, anakmu akan sentiasa beringat..

Semalam lepas kejadian hitam nie, Am tak de upaya nak respon atau bertindak. Dalam hati Allah saja yang tahu. Kalau senyum, maksudnya merelakan kah??suka diri ini diganggu??!!Orang gila jer yang suka benda nie terjadi kat diri mereka..That's how I react to the situation..Tolong lah faham. Tapi mood Jumaat Am spoil..Bila teringat balik apa yang jadi semalam, geram nya!!marahnya!!!Final solution..menangis!!Pleaze!!pleaze!!!!fahami lah situasi diriku...Jangan sesuka hati melemparkan lawak jenaka..

Kepada kaum wanita, berwaspada lah!!!Diri anda mungkin diperhatikan..Jaga maruah anda!!Jauhi diri anda daripada menjadi mangsa gangguan seksual lelaki2 durjana yang sesuka hati mengambil kesempatan ke atas diri kita..

¬Little_khalifah¬

*Post kali ini lebih kepada luahan perasaan..

No comments: