Thursday, April 3, 2008

Makhluk Tuhan Paling Sexy..FITNA The Movie..dan Sufiah Yusof

Yuhuu..Am in da house..
Hari ini hari Jumaat, Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari..am rasa minggu ni sangat cepat berlalu..macam baru semalam hari Isnin.Alhamdulillah..aku amat bersyukur ke hadratMu,kerana masih memberikan aku peluang untuk bernafas di bumiMu Ya Allah..aku juga bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan,akal dan ilmu untuk diriku memakmurkan bumiMu..alhamdulillah..

Sebenarnya dah lama am nak meluahkan ketidakpuasan hati am ni about sumthing..tapi, komitmen kerja dan ketiadaan idea telah membantutkan usaha murni ku ini..

mesti smua orang dengar radio kan??ye la sebab nak sedapkan halwa telinga tatkala perasaan bosan menerjah pintu hati..pernah tak lagu yang bertajuk "MAKHLUK TUHAN PALING SEXY" nyanyian Mulan, penyanyi dari Indon, mengetuk2 gegendang telinga anda??am rasa dalam sehari, berpuluh2 kali lagu tu dimainkan di corong2 radio tempatan kita. bukan la nak kata am ni update ngan perkembangan muzik tempatan mahupun antarabangsa,,tapi come on la..yang am tak puas hati is the title of the song.mungkin ada yang kata small matter. tak perlu dibesarkan..ala,tajuk lagu jer..well, pada am it really matters.'MAKHLUK TUHAN PALING SEXY'..tajuk tu seolah2 seseorang tu amat teruja dan bangga menjadi seorang makhluk Tuhan yang sexy.terdedah sana, terdedah sini..bangga sangat ker??sori, ampun, maaf kepada peminat muzik indon amnya n kepada peminat Mulan khususnya..tapi guyz..please open ur heart and mind..if ada masa tu try tengok clip video lagu ni..i'm speechless n hanya mampu beristighfar ja..ingat dulu, karyawan hiburan tanahair pernah membahaskan isu penggunaan bahasa rojak dalam lagu cam dalam lagu Kak Anita Sarawak tu kan??(tak ingat la tajuk lagu)..masing2 marah sebab Bahasa Melayu dirojakkan ngan English..tapi pasai pa isu ni tak diketengahkan n lagu tu masih diputarkan sampai hari ni??WHY??

Minggu ni heboh diperkatakan isu boikot barangan keluaran negara Belanda yang berkaitan dengan penerbitan filem 'FITNA the movie' hasil karya asli seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders Laknatullah. Cis!!ni bukan filem pertama yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW secara terang-terangan yang telah diterbitkan dari negara Belanda, kawan2, sahabat2 dan rakan2 sekalian.tak percaya, tengok la filem ni kat Youtube.com.am tak tau la betol ker tak yang tu filem yang sebenarnye..but still menusuk kalbu n sedih dengan penghinaan terhadap Islam.so kawan-kawan, be sensitive!
Ni adalah list produk keluaran negara Belanda yang kita kena BOIKOT!!Sumber adalah dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia
-Dutch Lady (pasni ramai la ibu-ibu yang pening kepala bila anak2 kena tukar kepada brand susu yang lain)
-Ferrero Roche-coklat(no more Golden Balls!!)
-Wall's - ais krim (huhu..cornetto!!)
-Ing- Insurans(banyak lagi kompeni insurans yang len)
-Planta-marjerin (alamak!!baru teringat..ada lagi 1 tin kat umah..)
-Lipton-teh (mama..kita minum teh Boh pasni..)
-Lady's Choice-margerin
-Shell-minyak (kita kan ada PETRONAS..)
-Knorr-perisa makanan (masak la yang asli)
-Dove-mandian
-Sunlight-margerin/pencuci pinggan
-Radiant- Deoderan
-Rexona-deoderan
-Ponds-produk kecantikan (produk lain pun bleh jadi cantik!!)
-Kieldsens-coklat
-Slimfast-produk pelansingan (make urself slim faster without Slimfast..)-
-Lego-kismis (kismis Doa kan banyak..)
-Philips-barangan elektrik
-Duyvis-makanan ringan
-Gouda-keju
-Robin-pencuci lantai/pakaian
-Ariel-pencuci lantai/pakaian
-Omo-pencuci lantai/pakaian
-Labello-lip balm
-Pickwick-teh
-Venz-mentega coklat
-Kinder Bueno-coklat
-Unilever-syarikat
-Dumex-susu tepung
-Nutricia-susu bayi
-Sunsilk-shampoo
-Fair n Lovely-produk kecantikan
-Lux-mandian
-Vaseline-lip balm
-Cif-pencuci lantai
-Surf-Pencuci kain
-Wishbone-pencuci kain
-Doriana-keju krim
-Bertolli-minyak masak
-Clear- shampoo
-Breeze-pencuci kain (Bio Zip kan ada..)
-Sun-pencuci kain
Jom boikot barangan2 ni selama-lamaya or selagi Kerajaan Belanda tidak memohon maaf terhadap umat Islam di dunia ni..sama-samalah menegakkan maruah ISLAM..Allahuakbar!!

kawan2..
ingat lagi tak kat saudara kita yang genius tu, Sufiah Yusof.ala..yang masuk Oxford masa umor dia 13 tahun..kita time tu baru dah nak masuk Form 1, Sufiah dah melangkah ke alam universiti..jeles dengan anugerah yang Allah kurniakan kat dia time tu..tapi ada hikmah Allah jadikan kita macam ni n dia macam tu..apa yang penting, BERSYUKUR!!
Dalam minggu ni heboh diperkatakan saudara kita Sufiah ni sekarang ni menjadi pelacur di UK untuk menampung perbelanjaan kehidupan dan pengajian beliau di sana. walaupun Sufiah sekarang ni bertaraf warganegara Britain, namun kerajan Malaysia masih berusaha untuk menyelamatkan gadis ni dari terus hanyut di lembah kehinaan. wajib atas kita sebagai saudara Islam untuk menyelamatkan saudara seagama kita daripada lebih hanyut.betol tak?? Sufiah pernah berkahwin dengan seorang lelaki Britain dan telah bercerai. beliau juga dikatakan konfius dengan diri sendiri memandangkan ayah beliau juga kini meringkuk dalam penjara atas tuduhan mencabul 2 orang pelajarnya sendiri. alangkah sedihnya..
kawan2..update la perkembangan saudara kita ni..sampaikanlah pada saudara2 kita yang lain sebagai peringatan buat semua..terutama sekali kepada adik2 kita yang masih muda..
Am sebagai anak perantau, yang jauh dari mama n ayah nak nasihat n remind kawan2, sahabat2, kakak2, abang2,adik2 n saudara seagama seIslam, jagalah diri kita. Ingat Allah selalu, jaga maruah diri..ingat ada harapan mak ayah yang tergalas di bahu kita..pandai2 la jaga diri..think before u do!!

INGAT TAU!!
renung-renungkan dan selamat beramal dengan amal yang Soleh..

-Little_Khalifah-

No comments: