Sunday, July 6, 2008

Ziarah ke Rumah Anak2 Yatim Rohingya, Selayang

Tarikh : 6 Julai 2008 (Ahad)
Lokasi : Rumah Anak2 Yatim Rohingya, Selayang



Ahad lepas, Am bersama2 dengan team Muslim Aid Asia dan beberapa orang volunteers (Cik Jennora, team dari Kolej Lagenda, Mantin, N.9 n team Riders Malaya Community) telah pergi melawat Rumah Anak2 Yatim pelarian Rohingya. Pelarian Rohingya ini berasal dari Myanmar.
Dikatakan seramai 80 orang anak2 yatim menetap di sini.

Sesampainya Am kat situ, rasa sayu menerjah ke lubuk hati. Sepanjang 6 tahun menetap di bumi KL, ni la 1st time am jejak kaki kat Selayang. Suasana kat situ mengingatkan am masa ziarah ke Pekan Khan Khalili, Mesir dulu. Suasana pasar yang berdebu dan kedai2 menjual makanan kat situ langsung tak menggambarkan bahawa kita berada di Selayang.


kenangan bersama..

Kami dijemput masuk ke rumah itu. Tingkat 1 merupakan tempat solat, tempat belajar dan mengaji anak2 ini. Kami naik ke tingkat 2. Ada tempat tidur, dapur, tempat meletak pakaian anak2 ini.tak dapat digambarkan kehidupan mereka.

Ustaz Hashim (pengetua) bercerita..

Sesampainya kami, hanya ada 5 orang kanak2 yang sedang tidur. Menurut Ustaz Hashim, pengetua di situ, anak2 yang lain mengikuti aktiviti di luar.

Mereka yang berstatus pelarian ini amat sukar mendapat bantuan,pekerjaan dan pendidikan di Malaysia. Mereka hanya belajar dan menetap di asrama ini. Semuanya bergantung kepada kemurnian hati insan2 yang bermurah hati yang ingin membantu dan memberikan sumbangan.

mereka tidur..



wajah mereka...

Kami kembali ke tingkat 1 asrama itu. Am tertarik dengan bilik komputer di hujung tingkat tersebut. Terdapat 3 buah komputer hasil sumbangan daripada insan2 yang murah hati. Alhamdulillah, mereka juga tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi pada hari ini.

Nampaknya ada sesuatu yang lebih menarik perhatian Am di bilik itu. Jauh di sudut bilik kecil itu, ada sebatang 'wishing tree'. Sedih dan sayu apabila membaca tulisan luahan hati dan doa anak2 ini. Ya Allah..Engkau kabulkan lah doa anak2 ini..amiin..


the wishing tree

doa mereka..amiin


luahan hati mereka..

Sebelum pulang, kami dihidangkan dengan kopi susu. Walaupun serba kekurangan, tetamu masih tetap dihormati. Terima Kasih daun keladi...Kami juga menulis testimonial dan kata2 semangat dan perangsang kepada anak2 yatim Rohingya ini..Semoga Allah memurahkan rezeki anak2 ini..amiin..


hidangan kopi susu 'kaw'



testimonial..

Dari pihak Muslim Aid Asia, kami memberi sumbangan berbentuk wang tunai, daging Qurban dalam tin dan pakaian.

~Little_Khalifah~

1 comment:

mohad said...

salam... apa khabar sekarang..